Kalau ditanyakan kepada anda, "What is your purpose of life?" Agak-agaknya, semua orang akan beri jawapan yang sama atau tak? Ada satu cara untuk kita dapatkan jawapan yang sama. :)
Sudah lumrah seorang manusia itu cintakan sesuatu yang ada di hadapan mata, kekayaan dan kesenangan dunia tanpa memikirkan kehidupan yang menjanjikan pulangan yang berkali ganda lebih baik. Senang sekali kita larut dalam urusan keduniaan, terlalu asyik mengejar matlamat yang tidak tahu mana hujung pangkalnya. Tak salah bekerja untuk mendapatkan hasil, tapi jangan lupa untuk membajak tanah kampung yang abadi. Jadikanlah setiap pekerjaan yang dilakukan itu sebagai ibadah, supaya ianya tidak sia-sia. Bagaimana? Selami semula tujuan manusia diciptakan, dan matlamat kita dihidupkan di dunia ini. Jadikan setiap ssat itu sebagai ibadah.Tak semua orang tahu bagaimana nak menjadikan sesuatu yang kita kerjakan itu sebagai satu ibadah. Apabila disebut ibadah, terus apa yang ada di fikiran adalah solat, puasa, zakat dan sebagainya. Sahabat-sahabat, ibadah itu bukan hanya setakat itu.Malah,lebih besar maknanya. Belajarlah jika kamu tidak tahu. Percayalah, jika anda betul-betul menghayati dan mendalaminya, anda akan rasakan setiap detik yang anda guna itu bukan sahaja membuahkan hasil di dunia, bahkan juga di akhirat. Kira-kiranya, ada yang masih tidak tertarik dengan tawaran ini? Ayuh, back to basic. Selami matlamat manusia diciptakan.
And I did not create the jinn and mankind except to worship Me. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56) |
And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30) From this two ayah, our purpose of life is : 1- Abid (to worship Allah) 2- Khalifah Macam mana tu? Apa next step selepas tahu our purpose of life yang telah digariskan di dalam Al Quran? Jadi kita kena la tahu apa maksud ibadah tu. Ibadah tu apa2 sahaja yang dilakukan dengan niat kerana Allah dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan. Khalifah pula tak bermaksud ketua sahaja. Cuba check buku teks masa sekolah dulu. :) Khalifah itu adalah seseorang yang mempunyai tugas ntuk memakmurkan bumi. Memakmurkan bumi?? Apakah? Memakmurkan bumi tu maksudnya kita kena menegakkan kalimah Allah, iaitu Islam itu sendiri di seluruh muka bumi. Apa kaitannya? Ad deen, Islam itu kan agama yang sempurna dari Allah. Peraturan siapa lagi kah yang dapat memakmurkan seluruh isi alam ini kan? :) Sekarang, macam mana pula nak tahu yang kita punya matlamat betul-betul hanya untuk menjadi khalifah dan abid?? the key is : ILMU :) Carilah ilmu, perbaikilah diri supaya menjadi hamba yang lebih baik hari demi hari. عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ (صحيح البخارى ومسلم) “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” WHAT TO DO? Check our purpose of life. Change it as how it supposed to be. |