Sunday 29 January 2012

KUNCI

Hati itu adalah raja. Maka anggota lain adalah tentera. Jika baik rajanya, maka baiklah tenteranya. Tetapi jika jahat rajanya, maka jahatlah tenteranya. Kenapa nak sibuk-sibuk berbicara tentang hati ni? Sekali lagi ditegaskan, hati itulah kunci segala-galanya. Hati itulah yang akan mengawal segala perbuatan kita. Jika hati itu dikuasai nafsu, nauzubillah masing-masing tahu akibatnya. Saban hari kita selalu dengar orang bercerita tentang hati. Hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati. Apakah cerita-cerita ini hanya sekadar di angin lalu? Atau kita benar-benar mengambil iktibar daripadanya? Ketahuilah, hati ini menyimpan pelbagai cerita. Kehendak, keinginan, ketakutan, ketaatan dan segala-galanya. Jika hati itu masih sensitif tatkala kita melakukan dosa, ucapkan Alhamdulillah, hati itu belum mati.  Tetapi kalau kita sudah rasa ‘biasa’ dengan dosa-dosa yang dilakukan, naudzubillah..mohon lah hati yang baru. Kerana cahaya tidak akan menembusi hati yang mati. Orang yang hatinya mati, tak akan sesekali peduli dengan ayat-ayat Allah, tak akan sesekali peduli dengan  teguran masyarakat sekeliling, hatta tak akan sesekali sedar bahawa hatinya mati. Kalau difikirkan semula, kita sendiri yang membuatkan hati kita mati. Siapa lagi yang bertanggungjawab ke atasnya kalau bukan pemiliknya. Mungkin juga bukan pemilik sebenarnya. Kerana hati itu juga pinjaman Allah. Untuk hamba-hambaNya menggunakan hati sebaik-baiknya, memahami ayat-ayat Allah. Apakah adil bagi seorang hamba untuk merosakkan barang pinjaman Tuannya?? Tepuk dada, Tanya iman. Pernah tak dalam sehari, ambil satu masa untuk check kondisi hati? Jika belum, mulakanlah sebelum terlambat. Esok belum tentu pasti bagi kita, usah berlengah lagi. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Bukhari dan Muslim

Saturday 28 January 2012

Aku redha

“Berangkatlah di jalan Allah,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi  kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
“Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik.”
“dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang telah diberikan kepada mereka oleh Allah dan RasulNya,dan berkata “Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan RasulNya akan memberi kepada kami sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.”

Ya Allah, pada hari ini, aku benar-benar redha dengan ketentuanMu. Jangan kau campakkan lagi aku ke dalamnya. Tenangkanlah hati ini. Permudahkan segalanya bagi mereka.

Friday 27 January 2012

WAHAI HAWA

Apalah sangat yang ada pada seorang lelaki
Yang kau cari-cari wahai Hawa
Apakah tanpa dia kau bisa tegak berdiri?
Apakah ada yang lebih penting dari cinta yang kau harapkan dari seorang lelaki?
Apakah ada yang lebih mutlak selain itu?
Apakah kau punya tugas yang lebih penting dari itu?
Percayalah, itu cinta palsu
Selagi mana tiada cinta kau berikan kepada Tuhanmu
Palsu!!!
Keluarlah dari kotak kegembiraanmu itu wahai Hawa
Kerana hidup ini bukan semanis yang kau sangka
Kerana hidup ini bukan sebahagia yang kau harap
Selagi mana kau mencari cinta manusia
Takkan kau temui erti hidup sebenar
Kerana hidup ini bukan untuk dirimu sahaja
Dan tidak pula hidup ini untuk kaum Adam semata
Tetapi hidup ini adalah untuk Penciptamu
Redhailah ketentuanmu wahai Hawa.
Lepaskan ia pergi.

27.01.12

Monday 23 January 2012

Masa untuk kembali

Tiba masanya, untuk aku kembali ke alam nyata. Kembali kepada tujuan aku diciptakan. Kembali kepada tugas aku yang lebih besar. Berbekalkan semangat dan keyakinan bahawa Dia sentiasa di sisi, aku akan terus berjuang, hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya tiada dua rongga dalam satu hati. Ya Allah, izinkan aku penuhi hatiku dengan cinta-cintaMu. Kerana cinta manusia itu tak kan pernah kekal, kerana hati itu milikmu, Engkau sahaja yang layak memegangnya. Terima kasih, walaupun telah banyak aku lakukan kesalahan, Kau tetap masih dapat menerimaku, menerima kekuranganku, tak macam manusia. Manusia yang akan tinggalkan sesuatu yang tak berguna bagi dirinya. Aku tahu, Engkau tak pernah perlukan manusia, tetapi kami yang perlukanMu. Ya Allah, jangan Engkau condongkan hatiku setelah Kau beri hidayah kepadaku.  Kuatkan hatiku untuk terus berjuang demi cintaMu. Andai rasa itu hadir buat kali kedua, izinkan ia hadir atas dasar cinta ke atasMu sahaja. Kerana aku kecewa dengan cinta manusia.

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
57:22-23

"Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk." 28:56


Thursday 19 January 2012

Hanya Itu

Inilah manusia. Begitu cepat tertarik dengan bunga-bunga kehidupan yg dimiliki orang lain. Begitu juga aku. Sehinggakan tiada perkara lain yang bermain di fikiranku. HANYA ITU. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Memikirkan masalah ini, aku seperti hilang punca. Seperti tiada yang lebih penting dari itu. Sedangkan itu hanya ujian Dia buatku. Kata orang, kalau orang itu tak mahu ikut kita, abaikan. Cari yang baru. Cari yang mahu. Tetapi bagiku, ianya sukar sekali. Sakit sekali. Mencari yg mahu di kota asing ini sebenarnya senang, ramai yang mahu. Tapi aku, tetap dengan pendirianku. Menunggu yang jauh, yang masih belum terbuka hatinya, yang masih belum bersedia untuk mencari, yang masih belum diberi kefahaman. Atas kedegilan itu, aku yang menanggung sakit seorang diri. Saban hari menangis padaNya mengadu nasib diri. Saban hari sujud-sujud hajat itu lebih panjang dari sujud-sujud taubat. Lebih panjang dari sujud-sujud syukur. Apakah aku tersalah membuat pilihan? Apakah aku patut teruskan keinginan itu? Berat ujianMu ini. Ya Allah, beri aku kesempatan. Beri aku kekuatan. Jangan biar aku putus asa.

Sunday 15 January 2012

Cerita sang hati

Hakikat kehidupan itu memang unik. Kadang-kadang kita nampak gembira, tapi hati dan jiwa kita sakit. Kadang-kadang kita sedih tapi sebenarnya hati kita gembira sangat. Tak dinafikan cerita kehidupanku itu bak lukisan si pengembara. Berliku-liku. Ceria dan suram bersilih ganti. Bunga-bungaan membuatkan semua yg memandang tertarik. Tapi, mungkin juga adanya hujan di situ. Ada pula petirnya. Dan tiba-tiba muncul pula pelangi yang indah. Benar. Susah untuk orang faham apa yg kita sedang lakukan, seperti mana mereka fikir kita tak faham apa yang mereka lakukan. Kadang-kadang, itu hanyalah sebuah assumption. Mungkin juga kita tak tahu bahawa mereka tahu, dan mereka tak tahu bahawa kita tahu. Sedih. Kecewa. Wahai hati, berhentilah mengenangkan apa yang berlaku kepadamu. Wahai semangat, kembalilah kau kepadaku. Sang jiwa, sudikah engkau bangun dari jatuh dan rebah itu?? Cerita hatiku. Sudikah engkau memahaminya?

Saturday 14 January 2012

Penangan Jahiliah

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.
Ya Allah, ampuni aku jika aku lalai, jika aku alpa, jika aku melampaui batas.
Naudzubillah, sekadar perkongsian untuk semua. Tak sukar untuk kita keluar dari lingkungan jahiliah, jahiliah yang telah lama sebati dalam diri kita. Saya mengakuinya, ia benar-benar sukar. Tatkala saya bersyukur apabila berjaya keluar dari lingkungan itu, ada sahaja bisikan-bisikan halus yang membuatkan saya jatuh kembali. Jatuh tersungkur, lemah. Menampakkan kelemahan iman saya yang mencair. Astaghfirullah. Penangan jahiliah itu juga, buat saya jadi kosong. Kosong. Kosong. Saya tinggalkan perkara yang saya patut lakukan. Saya tinggalkan qiam yang telah mula sebati dalam diri saya di kala malam hari. Astaghfirullah. Apa saya buat?? Memikirkan larut-larut jahiliah itu. Memikirkan andai kata ianya sebuah mimpi. Ya Allah, ampuni hambaMu ini. Sesungguhnya aku benar-benar lemah. Pagi ini, saya bangun dengan semangat baru. Walaupun dalam hati kecil saya, masih megharapkan sebuah keajaiban berlaku, bagi orang-orang yang saya sayangi. Terima kasih atas comment saudara/i anonymous pada post yang lepas. Saya sedar, saya tak boleh membandingkan kehidupan saya dengan mereka. Tapi, walaupun saya terselamat dari menjadi mangsa keadaan itu, sudah tentu saya tak mahu juga orang-orang yang saya sayangi ini terus menerus menjadi mangsa keadaan. Saya tahu, saya tak boleh capai mereka. Bukan saya yang memegang hati mereka. Bukan saya yang dapat membuka hati mereka. Bukan saya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka. BUKAN SAYA. Tapi DIA. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Betapa ceteknya iman ini, sampai ingin mengubah apa yang telah ditetapkan Dia. Sedarlah wahai diri.



Ya Allah, ini sahaja yang mampu aku lakukan. Doaku buat mereka. Engkau berilah apa sahaja yang mereka impikan di dunia ini sampai mereka puas, tapi setelah itu aku mohon Ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati mereka. Temukan mereka dengan cintaMu. Sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangi mereka. Sayang kerana agama yang ada pada mereka.Jangan sesekali engkau putuskan hubungan kami ya Allah Ammeeenn..

Friday 13 January 2012

The new me.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur, sebab hari ini saya benar-benar merasakan kasih sayang Allah tu. Betapi kasihnya Dia, yang tak akan membiarkan hamba-hambaNya yg terpilih terus jauh, sesat dan menyimpang dari tujuan mereka diciptakan. Alhamdulillah, the new start of me, selepas dibersihkan hati oleh Allah. Saya tak macam daie-daie lain, yang begitu cepat berubah, 180 degree you! Saya tak sama dengan sahabat-sahabat lain d jalan DnT. Tapi saya tahu Allah sayang saya. Sebab tu, walaupun contribution saya tak sebesar mana, Dia tetap kekalkan saya di jalan ni. Walaupun berkali-kali saya hampir kembali jahiliah,  Dia masih memberi nikmat Islam dan iman itu. Alhamdulillah. Dia masih lagi membersihkan hati ini. Entahlah, sejak kebelakangan ini, saya dibebankan dengan perasaan bercampur baur tatkala memikirkan manusia-manusia d sekeliling saya. Benar, hati ini meronta-ronta sedih melihatkan orang-orang yang disayangi masih belum terima cahaya hidayahNya.Tak macam saya. Mereka dipenuhi dengan karat-karat jahiliyah. Cinta dunia. Lupa akhirat. Mereka tak kenal Allah seperti mana saya mengenali Dia. Sedih. Tapi, saya percaya, masih ada jalan dgn izin Allah. Dan alhamdulillah, hari ni jgak Dia tegur saya dengan dua ayat cinta.


"Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, dan dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan keadannya telah melampaui kebenaran" 18:28


"Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik? Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan." 35:8

Kasih sayang siapa lagi yang lebih besar dari kasih sayang Dia? Sesungguhnya kemurkaan Dia tak mengatasi kasih sayangNya. Hanya mampu berdoa, semoga insan-insan ini, Allah beri hidayah dan petunjuk. Jangan sampai hati mereka keras dan mati. Ya Allah, aku sayang mereka, bukakanlah pintu hidayah untuk mereka. Ammeen.