Tiba masanya, untuk aku kembali ke alam nyata. Kembali kepada tujuan aku diciptakan. Kembali kepada tugas aku yang lebih besar. Berbekalkan semangat dan keyakinan bahawa Dia sentiasa di sisi, aku akan terus berjuang, hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya tiada dua rongga dalam satu hati. Ya Allah, izinkan aku penuhi hatiku dengan cinta-cintaMu. Kerana cinta manusia itu tak kan pernah kekal, kerana hati itu milikmu, Engkau sahaja yang layak memegangnya. Terima kasih, walaupun telah banyak aku lakukan kesalahan, Kau tetap masih dapat menerimaku, menerima kekuranganku, tak macam manusia. Manusia yang akan tinggalkan sesuatu yang tak berguna bagi dirinya. Aku tahu, Engkau tak pernah perlukan manusia, tetapi kami yang perlukanMu. Ya Allah, jangan Engkau condongkan hatiku setelah Kau beri hidayah kepadaku. Kuatkan hatiku untuk terus berjuang demi cintaMu. Andai rasa itu hadir buat kali kedua, izinkan ia hadir atas dasar cinta ke atasMu sahaja. Kerana aku kecewa dengan cinta manusia.
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
57:22-23
"Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk." 28:56
No comments:
Post a Comment