Inilah manusia. Begitu cepat tertarik dengan bunga-bunga kehidupan yg dimiliki orang lain. Begitu juga aku. Sehinggakan tiada perkara lain yang bermain di fikiranku. HANYA ITU. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Memikirkan masalah ini, aku seperti hilang punca. Seperti tiada yang lebih penting dari itu. Sedangkan itu hanya ujian Dia buatku. Kata orang, kalau orang itu tak mahu ikut kita, abaikan. Cari yang baru. Cari yang mahu. Tetapi bagiku, ianya sukar sekali. Sakit sekali. Mencari yg mahu di kota asing ini sebenarnya senang, ramai yang mahu. Tapi aku, tetap dengan pendirianku. Menunggu yang jauh, yang masih belum terbuka hatinya, yang masih belum bersedia untuk mencari, yang masih belum diberi kefahaman. Atas kedegilan itu, aku yang menanggung sakit seorang diri. Saban hari menangis padaNya mengadu nasib diri. Saban hari sujud-sujud hajat itu lebih panjang dari sujud-sujud taubat. Lebih panjang dari sujud-sujud syukur. Apakah aku tersalah membuat pilihan? Apakah aku patut teruskan keinginan itu? Berat ujianMu ini. Ya Allah, beri aku kesempatan. Beri aku kekuatan. Jangan biar aku putus asa.
No comments:
Post a Comment