Wednesday 21 November 2012

Workload


Sesak.

Melihatkan realiti umat,
dada terasa makin sempit.
nafas terasa makin pendek.

Sinar cahaya tampaknya makin jauh.
lorong sepi semakin sunyi.
sungguh, ini bukan omong kosong.

ketahuilah.
sedarilah.
kerja KITA bukan sedikit.

Air mata tumpah jua.
Menangis melihat saudara di Gaza.
Menangis melihat saudara di tanah air.

Malaysia.
Lahirnya kita bukan kerna bangsa.
Hidupnya kita bukan kerna bahasa.

Saat mereka bertarung nyawa,
Kita bertekak kerana perut.
Saat mereka menangisi yang syahid,
Kita bergembira dengan ‘keamanan’ negara.

Keajaiban tak akan berlaku.
Andai kita tak berusaha mengubahnya.
Perubahan tak akan berlaku.
Andai kita terus hanyut dengan dunia sendiri.

Kemenangan tetap akan tiba.
Cepat atau lambat.
dengan adanya kita atau tidak.

Kita cuma perlu memilih.
mahu turut serta, atau tidak.
mahu berjuang, atau sekadar berpeluk tubuh.

Bukan mahu kecewa dengan realiti umat.
Bukan mahu menyalahkan sesiapa.
Tapi ia adalah muhasabah diri.
untuk kita ketahui dan sedari,
KERJA KITA BUKAN SEDIKIT.


jalan dakwah.
ia bukan satu pilihan.
tapi ia adalah satu tanggungjawab.
selagi masih ada kesedihan buat mereka yang belum bangun dari khayalan,
kerja kita masih belum selesai. long way to go.
Moga Allah redha.

Tuesday 6 November 2012

Kuat

Setiap kali bermusafir,
pasti air mata mengalir deras.
bermuhasabah sendirian.
memikirkan hari-hari lampau.
meneliti hari-hari hadapan.

langit yang dijunjung,
tanah yang dipijak,
masih lagi langit dan tanah yang sama.
tetapi tanggungjawab yang digalas,
bukan lagi tanggungan yang sama.

menyesalkah?
sama sekali tidak.
cinta yang abadi,
bukan semudah itu untuk dimiliki.
syurga yang kekal,
bukan semurah itu untuk dibeli.

Allahu Rabbi.
Engkau sahaja Penguatku.
Engkau sahaja Pembimbingku.
Engkau sahaja Penunjuk arahku.



Allahu ghayatunna.