Tuesday, 19 March 2013

R.A.S.A


Lemas.
Hanyut dalam perasaan sendiri.

Hebatnya Dia.
Dengan satu rasa,
Mampu membuat hati tertawa.
Dengan satu rasa,
Mampu membuat hati menangis.

Rasa.
Rasa yang Dia anugerahkan.
Rasa yang bisa mengubah segalanya.
Rasa yang tak asing lagi.
Rasa sayang.

Entah mengapa.
Aku diuji lagi dengan rasa ini.
Mungkin kerna aku terlalu yakin,
Aku telah berjaya melepasi rasa ini dahulu.
Maka aku akan terus berjaya melewatinya.
Mungkin kerna aku terlalu percaya,
Aku kebal untuk menolak rasa ini.
Maka aku takkan jatuh kerananya lagi.

Sangkaan.
Keyakinan.
Keduanya  tak berpaksikan kuasa takdir.

Mungkin.
Mungkin saja rasa ini lain dari sebelumnya.
Kerna ia dibaluti ‘ukhuwah fillah’
Tapi yang berbalut itulah lebih sakit.
Kerna ia terselindung.
Kerna ia dilindungi.

Sampai satu saat.
Aku tertipu dengan ‘fillah’ yang aku ucapkan.
Hati tak tunduk pada apa yang diluahkan.

Allahuu..
Ujian berat kau timpakan.
Kusangka aku takkan lemas dalam rasa ini lagi.
Tapi hakikatnya,
Aku jatuh lagi.
Aku rebah lagi.

Saat yang lain bergerak laju
Aku tersekat di sini.
Saat kau tarik satu persatu mutarobbiku
Aku terpaku.
Aku tersentak.
Terlalu lama ber’honeymoon’.

Kamu, kamu dan kamu.
Aseef,
Atas hak yang tak tertunai.
Aseef,
Atas kelemahan diri membimbing.
Aseef,
Kerna gagal menjadi qudwah hasanah.

Awak,
Bukan aku tak sayang.
Bukan aku tak peduli.
Tapi dakwah dan tarbiah ini,
Perlukan kita.
Perlukan pengorbanan kita.
Pengorbanan hati.
Pengorbanan jiwa.
Pengorbanan perasaan.

Awak,
Aku akui.
Saat ukhuwah kita sakit,
Iman kitalah yang melemah.
Tapi yang lebih sering lagi,
Hati ini lah.
Jiwa inilah.

Detik waktu terus berjalan.
Gerabak terus berlalu pergi.
Benar,
Ia sakit.
Tapi sakit kerna Dia,
Bukankah lebih mulia?

Sekuat mana pun rasa ini,
Dialah yang mempertemukan.
Dialah yang memberi rasa.
Dialah yang mengtakdirkan.

Ayuh, bawa cinta ini untuk Dia.
Ayuh, jadi jundi-jundi di barisan pertama.
Ayuh, lari dari fitnah agama dan dunia.
Ayuh, jadi dagang dunia.

Ayuh,
Kita sahut seruan kehidupan.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada sesuatu yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu dihimpunkan.” 8:24