Kisah sebegitu lagi.
Kisah yang berbekas di hati.
Tahun ini sahaja.
Kisah seorang akh dan ukh.
Pengakhiran yang dicanang-canang.
Pengakhiran yang didamba pencinta syahid.
Betapa Allah menerima syahid keduanya.
Dengan cara tersendiri.
Saat iman meninggi.
Saat kesungguhan memancar.
Perfect timing.
Subhanallah.
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam glongan hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." 89:27-30
Cemburu
Walaupun tak pernah kenal,
Kehilangannya terasa di bumi UKE.
Sungguh, aku cemburu dik.
Duduk.
Termenung sejenak.
Berfikir dan terus berfikir.
Apakah pengakhiranku kelak?
Siapa aku pada pandangan dunia andai saat itu tiba?
Duduk.
Bermuhasabah.
Apakah sumbanganku pada dunia?
Meski manusia tidak mengenal,
apakah juga tak dikenali di langit sana?
Allahu Allah.
Basah.
M.A.T.I
Itulah jawapannya.
Itulah rahsianya.
Drive seorang
hamba untuk jadi ikhlas dan ihsan.
Drive seorang
hamba yang rindukan syahid.
Yang rindukan syurga Adn.
Yang rindukan pertemuan denganNya.
23 Jun 2013.
Berbaki lima hari lagi untuk jadi tetamu Allah.
Berharap ruang amal terus dibuka untuk memperbaiki diri.
Berharap hati ini, jasad ini, benar-benar bersedia.
Berharap sosok tubuh ini, rela ditarbiyah bumi Mekah.
Allah,
Mudahkanlah perjalanan kami.
Berkatilah harta yang kami belanjakan.
Terimalah kami sebagai tetamu di rumahMu.
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. dan di antara mereka, ada yang gugur, dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu dan merela sedikitpun tidak mengubah janjinya." 33:23