******
Setelah bertahun lamanya terlepas majlis kawan-kawan, akhirnya sempat jugak tahun ni alhamdulillah. Sorang demi sorang akan melangkah ke alam yang baru. I am sooo happy for them.
Kalau ditanya, bila lagi? Wallahua'lam hehe
Memilih tak mudah.
Bila lahir dari keluarga "extended family",
yang berpisah sana-sini,
konflik itu dan ini,
serta pengalaman lampau yang menggugat kepercayaan,
susah nak menjangka bila mahu membuka hati. haha
bukan memilih sahaja tak mudah.
bahkan memulainya saja belum tentu yakin. lol
bukan tak percaya pada sistem,
tapi orangnya.
bukan tak mahu melangkah,
tapi masih dibayangi ketakutan masa lalu.
dan aku tahu,
menjadi pasif bukan satu pilihan.
cuma menanti,
saat diberi kekuatan untuk membuka dan memilih. :)
"At the end, we will come to know that only Allah kept his promise" <3