Kulsem (Kuliah sepuluh minit), VicLodge.
“Bila nama Nabi Muhammad disebut, apa eh hati kita rasa?”
Dush.
Hati dirasa bagai dirobek-robek.
Rasa apa ya?
Cintakah?
Rindukah?
Pause.
*********************
Dalam perjalanan pulang, si dia berkata,
“Jaga Ila (bukan nama sebenar) elok-elok taw.”
Sekali lagi.
Rasa seperti dihempap.
Hatiku bagai disiat-siat.
Wajah adik-adikku datang satu persatu.
Allahu Rabb.
Apa sudah aku perbuat?
Ke manakah sudah kubawa mereka?
Dakwah ini bukan dakwah ‘touch n go’.
Sudah disentuh, mana mungkin bisa dilepaskan begitu sahaja.
Basah.
Naqibah, bukan sekadar nama.
Murabbi, bukan sekadar gelaran.
Ia datang bersama tanggungjawab.
Untuk membina dan terus membina.
Si dia : “Saya tahu, dalam fikiran awak sekarang mesti ada
perkataan tak mampu kan?”
Awak....
Tak mampu nak membalas pertanyaan itu.
Bukan aku sedang merasai ketidakmampuan itu,
Kerna aku ada Dia untuk selalu mencukupkan.
tapi yang aku takut,
Aku lalai terhadap mereka yang telah disentuh.
yang aku takut,
Aku tinggalkan mereka saat diperlukan.
yang aku takut,
bukan dakwah Rasulullah yang aku perjuangkan.
yang aku takut,
aku berpenat lelah atas sesuatu yang sia-sia.
Pause.
Masa silih berganti.
Sudah membesarkah mereka?