Sunday, 13 January 2013

Perjalanan hati

Tak tahu di mana harus bermula.
Pencarian itu masih aku teruskan.
Lubang-lubang itu masih aku gali.

Allah.
Engkau sedang membersihkan jiwaku.
Engkau sedang menyucikan hatiku.

Pandang luar.
Gelap.
Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kegelapan apabila ia datang.

Pandang sekali lagi.
Aku nampak sinar.
CahayaMu.
PetunjukMu.

Allah.
Benarkan aku melangkah laju mengejarnya.
Ringankan bebanku menujunya.
Bawalah aku.
Pilihlah aku.

Allah.
Andai hati ini tersasar,
maafkan aku.
Ampunkan aku.

Allah.
Engkau tahu titik kelemahanku.
Pelihara hatiku,
agar tiada cinta yang melebihi diriMu.

Ruang itu masih aku cari.
Peluang itu masih aku damba.

Benarkan aku,
jadi hamba yang sujud kepadaMu kerana cinta.

Allah,
Aku mahu mencintaiMu dengan sebenar-benar cinta.
Izinkan aku?


No comments:

Post a Comment