Cuti musim panas telah bermula. Ramai yang menjerit kegirangan, tak lupa juga yang sudah mula merancang cuti. List things to do semakin panjang nampaknya, dan mungkin juga tak tahu di mana penamatnya. ^_^ tatkala diimbas sekali lalu list tersebut, erk.. @_@ Terlalu banyak mencari dunia dari akhirat rupanya.
Patutlah orang kata, masa lapang itu adalah satu ujian. Pintu terbuka luas. Cuma pilih saja nak ikut tarikan iman atau tarikan hawa nafsu. Semestinya, setiap detik itu pasti akan ditanya, ke mana ia digunakan. Mungkin kerana itulah, ada pepatah Arab yang menyebut, "Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita."
"Penyesalanku setiap hari adalah apabila terbenam matahari, semakin singkat umur. Sedangkan amal tak bertambah." Abdullah Bin Mas'ud
"(Sangatlah dasyat hari hura-hara itu, sehingga orang yang bersalah) Pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." 79:46
Pada hari itu, kehidupan dunia bagi orang-orang yang berdosa, seolah-olah hanya satu pagi atau petang. Ayuh, lihatlah betapa singkatnya kehidupan ini. Tetapi, entah berapa ribu kali kita merasakan dunia inilah segala-galanya. Kita merasakan kematian itu seolah-olah tidak akan berlaku. Kerana sangkaan itu, kita semakin lalai, mensia-siakan setiap detik yang dianugerahkan, menghabiskan tiap saat dengan perkara-perkara yang tak membuahkan amal, yang tak membawa ke syurga.
"Wahai orang-orang beriman! janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan infaklah sebagian dari harta yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang dari kamu; lalu dia bekata(menyesali), 'Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit masa lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.'" 63:9-10
"Umat Islam pada akhir zaman akan lemah dan ditindas oleh orang kafir dengan rakus, bukan kerana mereka sedikit. Tetapi banyaknya mereka adalah seperti buih di lautan. Tetapi mereka ditimpa penyakit wahan, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
Hasilnya, mestilah kita tak nak tinggalkan kehidupan yang kita dah bina dan pergi kepada kehidupan yang kita tak bina apa-apa pun kan? =.=''
Saat ini, detik ini, betapa ramainya kita yang masih stuck di B, dan terus-terusan bersenang lenang dengan kehidupan dunia, sampai kita lupa pengakhiran perjalanan kita adalah di C.
Perjalanan masih panjang, usah terlalu bergembira di tempat persinggahan.
*******************************
Semakin berlalunya masa, semakin dekatnya saat itu. Perasaan demi perasaan datang silih berganti. Semakin banyak air mata yang dialirkan kerana melihat priority hidup dia masih tentang dunia, sedang aku tak mampu berbuat apa. Sakitnya hati menahan perasaan, hanya Dia yang tahu. Adakah perlu berhenti menasihati dan berharap ada yang lain datang menyelamatkan dia dari angan-angan dunia? Ahhh..manusia.. suka benar bersangka-sangka. baru seciput usaha, sudah mahu tarik diri? Allah...aku tak mampu... Bukan salah dia jadi begitu. Persekitaran itu benar-benar memenangkan kebatilan, sedang yang haq terpinggir di jalanan. Mereka-mereka di sana semakin sesak dadanya, disuapkan dan disibukkan dengan cinta makhluk,harta dan dunia, berhibur dan berlibur sesukinya, hingga tiada yang peduli masalah ummat.
Ya Allah, cerahkanlah pandangan mata dan hati kami untuk melihat luasnya akhirat berbanding sempitnya dunia.