Persoalan yang sering bermain dalam fikiran, bersediakah aku untuk pulang? Bersediakah aku untuk menghadapi hakikat aku di sana? Kuatkah aku? Moga-moga benteng kekuatan yang dibina selama lima bulan itu, tak runtuh dengan hanya memandang kenangan. :)
Siapa bilang kenangan tak boleh meruntuhkan tembok kekuatan? Susah tahu? Betul kata kamu, barang yang lepas jangan dikenang. Pandang terus ke hadapan, jangan toleh ke belakang. Tapi, kenangan itu berguna tahu? Kenangan dapat mengubah hati dan perasaan seseorang. Kenangan dapat mengubah pendirian seseorang. Banyak perubahan positif dapat dibuat dengan kenangan yang ada.
Tetapi, kenangan juga boleh membunuh. Terlalu larut dalam kenangan juga akan menyakitkan diri sendiri. Melukakan hati sendiri. Membuat kamu mengalirkan air mata sia-sia. Cukup-cukuplah menyeksa perasaan sendiri. Cukup-cukuplah menangisi sesuatu yang hanya tinggal kenangan. Cukup-cukuplah menyelak helaian kenangan yang tak membuahkan amal. :)
Bahagia. Bahagiakah aku? Saat memandang kebahagian manusia lain, manusia yang pernah susah senang bersamaku, aku tersenyum sendiri. Mungkin juga dengan mata yang berkaca. Kecewa? Gembira? Cemburu? Bercampur baur. Tipulah kalau cakap memandang tanpa rasa cemburu, bukan? :p
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia. Agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." Taha 20:131
Kamu, kamu dan kamu. Bahagialah dengan jalan yang dipilih. Terima kasih kerana menyedarkan aku, jangan pernah bergantung pada manusia. ♥♥♥
Kamu, moga tak ada yang datang jumpa kamu macam ni satu hari nanti, ye. :)
p/s jadi cikgu molek-molek naa... selamat hari guru! :p
oh.tersurat dan tersirat..hehe
ReplyDelete