Friday 13 January 2012

The new me.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur, sebab hari ini saya benar-benar merasakan kasih sayang Allah tu. Betapi kasihnya Dia, yang tak akan membiarkan hamba-hambaNya yg terpilih terus jauh, sesat dan menyimpang dari tujuan mereka diciptakan. Alhamdulillah, the new start of me, selepas dibersihkan hati oleh Allah. Saya tak macam daie-daie lain, yang begitu cepat berubah, 180 degree you! Saya tak sama dengan sahabat-sahabat lain d jalan DnT. Tapi saya tahu Allah sayang saya. Sebab tu, walaupun contribution saya tak sebesar mana, Dia tetap kekalkan saya di jalan ni. Walaupun berkali-kali saya hampir kembali jahiliah,  Dia masih memberi nikmat Islam dan iman itu. Alhamdulillah. Dia masih lagi membersihkan hati ini. Entahlah, sejak kebelakangan ini, saya dibebankan dengan perasaan bercampur baur tatkala memikirkan manusia-manusia d sekeliling saya. Benar, hati ini meronta-ronta sedih melihatkan orang-orang yang disayangi masih belum terima cahaya hidayahNya.Tak macam saya. Mereka dipenuhi dengan karat-karat jahiliyah. Cinta dunia. Lupa akhirat. Mereka tak kenal Allah seperti mana saya mengenali Dia. Sedih. Tapi, saya percaya, masih ada jalan dgn izin Allah. Dan alhamdulillah, hari ni jgak Dia tegur saya dengan dua ayat cinta.


"Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, dan dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan keadannya telah melampaui kebenaran" 18:28


"Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik? Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan." 35:8

Kasih sayang siapa lagi yang lebih besar dari kasih sayang Dia? Sesungguhnya kemurkaan Dia tak mengatasi kasih sayangNya. Hanya mampu berdoa, semoga insan-insan ini, Allah beri hidayah dan petunjuk. Jangan sampai hati mereka keras dan mati. Ya Allah, aku sayang mereka, bukakanlah pintu hidayah untuk mereka. Ammeen.

2 comments:

  1. Salam. Nice post. Memang, ini lah orang-orang yang kita tak dapat capai. Golongan-golongan ini kita panggil mangsa keadaan. Kenapa mereka tak nampak apa-apa kesilapan yang mereka lakukan adalah sebab mereka tidak tahu. Mereka tak dapat sentuhan tarbiyah seperti yang anda dapat. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Jadi, kita tak boleh expect mereka-mereka ni boleh berubah sekelip mata. Teruskan berdoa, supaya mereka nampak kita sebagai qudwah hasanah, dan Allah gerakkan hati mereka untuk cari apa yang kita perjuangkan. Jzkk. Sekadar perkongsian. ^-^

    ReplyDelete
  2. Jzkk atas komentar yang membina :)

    ReplyDelete