Tuesday, 28 February 2012

Sangkaanmu saja


Seandainya..
kerana itu..
kau gagal dalam peperiksaan.
kerana itu..
kau kehilangan sahabat tika suka dukamu.
kerana itu..
kau disisihkan keluarga atas perubahanmu.
kerana itu..
kau ditinggalkan keseorangan menanggung derita.
atau lebih menyakitkan lagi bagimu
kau terpaksa memutuskan hubungan dengan seseorang yang belum halal bagimu.

Segalanya kau hadapi kerana sebuah tarbiyah.
Segalanya kau lalui kerana sebuah dakwah.
Segalanya kau redhai kerana sebuah tanggungjawab.

Sangkaanmu,
Inilah pengorbanan terbesar pernah kau lakukan.
Inilah perdagangan terhebat pernah kau berikan.
Kerana itulah..
Kau terpaksa merelakan semua ini.
Kau terpaksa kikis setiap karat jahiliah yang ada.
Kau terpaksa tanggung kesakitan yang merobek isi hatimu.

Akan tetapi,
Andai berat sekali untuk kau terima semua itu
Sedarlah,
Itu bukanlah pengorbanan terhebat untuk terus berada dalam jalan ini.
Itu bukanlah ujian terbesar yang perlu kau lalui sepanjang perjuangan ini.

Fahamilah,
Sedarilah,
Hayatilah,
Erti sebuah tarbiyah bukanlah sekecil itu.
Erti sebuah perjuangan bukanlah semudah itu.
Nilai sebuah syurga bukanlah serendah itu.
Semuanya tak kan lahir atas dasar keterpaksaan.

Kerana nikmat sebuah cinta agung itu
Tak kan tercapai dengan keselesaan yang kau ada.
Tak kan hadir dengan kesenangan yang kau nikmati.
Tak kan wujud dengan ujian sekecil ini yang kau hadapi.

Tepuk dada, tanya iman
Bersediakah kita untuk ujian yang lebih besar?
Bersediakah kita dengan pengorbanan yang lebih bermakna?
Bersediakah kita untuk menjalankan perniagaan yang paling menguntungkan?

Biarlah iman yang memilih.
Agar lembaran hidupmu selepas ini
Bukan lagi lembaran-lembaran yang sama
Bukan lagi lembaran yang dipenuhi dosa
Bukan lagi lembaran ditulis atas dasar kepura-puraan.

Sesungguhnya sejarah membuktikan,
generasi Al Quran tak tebina semudah itu
assabiqun awwalun tak lahir sesingkat itu
kerana bukan calang-calang ujian yang mereka hadapi.

Buang sangkaanmu itu,
kerana ada cobaan lebih besar menantimu.


“Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? Iaitu berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan berjihadlah pada jalanNya dengan harta dan jiwamu,itu lebih baik jika kamu mengetahui.” 61:10-11

tarbiyyah bukanlah segala-galanya. tapi segala-galanya bermula dengan sebuah tarbiyyah.


No comments:

Post a Comment