Masa tetap berjalan. Detik demi detik. Hari demi hari.
Setiap saat membawa peluang. Setiap nafas memberi ruang.
Peluang dan ruang dari Dia. Untuk hamba-hambaNya tunduk dan kembali padaNya.
Peluang untuk benar-benar menghargai segala nikmat seadanya. Seadilnya. Selayaknya.
Ruang untuk merasakan nafas dalam jiwa hamba.
Dulu, kita pernah berada dalam situasi yang dihujani dosa.
Keadaan yang membawa kita ke lembah neraka.
Saat nafsu dan syaitan bermaharajalela.
Hakikat itu, kita nampak. Kita sedar. Kita akui.
Tapi,
Kenapa hati ini masih degil untuk mengakuinya?
Kenapa hati ini masih keras untuk menerimanya?
Kenapa masih membutakan mata bahawa syurga neraka itu pasti?
Kenapa JALAN ITU lagi yang kita pilih?
Bukankah itu jalan menuju JAHANNAM?
Bagi yang benar-benar merasakan maksiat itu akan menambah saham kita di neraka, tak kan mereka sentuh lagi jalan itu. Tak kan mereka lalui lagi jalan itu. Tak kan mereka pandang lagi jalan itu.
CUKUPLAH SEKALI.
Peringatan demi peringatan diberi.
Andai pada saat ini, kita masih membutakan mata dan hati untuk mengakuinya, maka kitalah hamba yang tak tahu berterima kasih. Kitalah hamba yang perasan tuan. Hamba yang tak sedar ada Tuan yang memerhati. Madu diberi, sepah dibuang.
Andai pada masa ini kita masih degil untuk meninggalkan jalan itu, kitalah yang menempah neraka. Bukan tak ada yang menegur. Tapi kita yang menolak. Jangan sampai bila mana Dia menghilangkan sesuatu yang bermakna bagi kita, baru nak terhegeh-hegeh memohon ampun. Boleh jadi pada saat itu, TIADA LAGI PELUANG KEDUA.
Dan masa masih tetap berjalan.
No comments:
Post a Comment